Sunday, 1 February 2015

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

MPP Politeknik Malaysia merupakan satu badan induk pelajar (bukan penaung) sebagai satu landasan bagi semua pelajar menyalurkan isu-isu/maklumat peringkat bawah kepada peringkat atasan (sebaliknya) kepada Pengarah atau mana-mana pegawai tinggi kerajaan.
 
MPP juga mempunyai keistimewaannya tersendiri apabila pemilihan mereka dilakukan melalui proses pilihanraya kampus yang membolehkan keseluruhan pelajar melaksanakan tanggungjawab mereka membuang undi. Hanya MPP yang terpilih sahaja mendapat pengiktirafan pengurusan apabila mereka mendapat Watikah Perlantikan berbanding pengerusi kelab dan persatuan. Selain itu perihal MPP juga terkandung di dalam Jadual III (Seksyen 7, 8, 22 dan 23), Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976.
Penubuhan MPP berasaskan kepada peruntukan undang-undang yang terkandung di dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976 di dalam Seksyen 7 yang menyatakan "Sesuatu Institusi hendaklah mempunyai suatu Majlis Perwakilan Pelajar dan peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga hendaklah dipakai bagi Jawatankuasa itu dengan syarat bahawa Menteri boleh, menurut budibicara mutlaknya, membuat, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, apa-apa ubahsuaian, penyesuaian, tambahan, potongan atau pindaan sebagaimana yang difikirkannya perlu dan bermenafaat kepadanya dalam pemakaiannya bagi mana-mana Institusi atau kelas atau perihal Institusi tertentu"

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA!! =)